Agama Sebagai Pedoman Hidup
Agama secara pengertian mudah bermaksud , Kepercayaan kepada Tuhan yang menentukan segala yang baik dan buruk, betul-salah, manfaat atau mudarat dan yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Agama berperanan membentuk peraturan hidup manusia agar lebih terurus dan bermakna . Matlamat yang ingin dicapai adalah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Terdapat beberapa etika dalam beragama;
• Etika Islam.
• Etika Kristian.
• Etika Hinduisme.
• Etika Buddhisme.
ETIKA ISLAM
SUMBER AJARAN ISLAM
1. Al-Quran.
Al-Quran merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepad Nabi Muhammad s.a.w. Ia mengandungi semua perkara mengenai Islam khususnya tentang kehidupan seorang Muslim seperti suruhan, larangan, kisah teladan dan sebagainya. Ia diturunkan dalam bahasa Arab kerana Nabi Muhammad seorang Arab. Namun, mesejnya bukan hanya untuk orang Arab tetapi juga untuk manusia sejagat.
2. Sunnah/hadith.
Sunnah adalah perjalanan hidup Nabi Muhammad iaitu peraturan yang diikuti oleh umat Islam berdasarkan perbuatan atau perkataannya. Oleh kerana kehidupan Nabi Muhammad mencerminkan apa yang terdapat dalam al-Quran, maka sunnah sebenarnya adalah keterangan terperinci yang disampaikan secara lisan atau ditunjukkan dengan perlakuan.
MATLAMAT HIDUP DALAM ISLAM
1. Islam mahukan keseimbangan hidup manusia daripada segi rohani dan jasmani.
2. Matlamat yang ingin dicapai ialah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, iaitu satu kehidupan yang senang, gembira, aman,damai dan makmur serta terpelihara daripada segala bencana ketika hidup di dunia ini dan selepas mati.
ASAS ISLAM
a. Akidah (sistem kepercayaan)
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada rasul.
3. Percaya kepada malaikat.
4. Percaya kepada kitab.kitab suci.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. 6. Percaya kepada qada’ dan qadar.
b. Syariah (sistem perjalanan hidup harian)
Ibadat (peraturan berkaitan perhubungan manusia dengan Allah).
Muamalat (Peraturan berhubung urusan hidup harian manusia).
Munakahat (peraturan npergaulan dan kekaluargaan).
Jenayat (peraturan berhubung kesalahan jenayah).
Amar maaruf Nahi mungkar
Aqidah
a. Beriman kepada Allah Jangan syirik kepada Allah
b. Taat kepada Allah Jangan derhaka kpd Allah
Syariah
a. Amanah Jangan menipu
b. Berlaku adil Jangan berbuat zalim
c. Berkasih sayang Jangan berbenci-bencian
d. Kawal nafsu syahwat Jangan berzina
e. Cari rezeki yang halal Jangan makan riba,berjudi,mencuri
f. Makan dan minum benda baik Jangan minum arak
g. Sayangkan nyawa Jangan membunuh
Akhlak
a. Berbuat baik kepada ibu bapa Jangan menegking ibu bapa
b. Jujur dan ikhlas Jangan hasad dengki
c. Bercakap benar Jangan berdusta
d. Merendah diri Jangan bongkak, sombong
ETIKA KRISTIAN
Sumber panduan Kristian.
Perjanjian Lama (The Old Testament).
Perjanjian Baru (The New Testament).
The Gospels (karangan Mark, Matthew, Luke dan John).
Nilai-nilai penting dalam etika Kristian.
• Kasih sayang.
• Kejujuran.
• Adil.
• Memaafi.
• Berpada
SURUHAN DAN LARANGAN DALAM ETIKA KRISTIAN.
Perjanjian Lama (The Old Testament)
Aku Tuhan kamu.
Kamu tidak akan menyembah Tuhan-tuhan lain selain Aku.
Jangan salahgunakan namaTuhan kamu.
Ingat hari sabbath dan jadikannya hari mulia.
Hormati bapa dan ibu kamu.
Kamu tidak boleh membunuh.
Kamu tidak boleh berzina.
Kamu tidak boleh mencuri.
Kamu tidak boleh menjadi saksi palsu.
Kamu tidak boleh tamak hak orang lain.
Perjanjian Baru (The New Tastament)
n Jadikan Jesus Christ sebagai teladan.
n Cari keredaan Tuhan.
n Bersikap rendah diri dan lemah lembut.
n Kasihkan jiran.
n Kasihkan orang lain seperti mengasihi diri sendiri.
n Bercakap benar.
n Jangan tamak.
n Jangan menipu.
n Jangan menghina.
n Jauhilah tujuh perkara haram.
¡ Bangga diri.
¡ Berbohong
¡ Membunuh
¡ Berniat jahat
¡ Cepat untuk melakukan keburukan
¡ Menjadi saksi palsu
¡ Menabur fitnah dan menghasut
ETIKA HINDUISME
SUMBER PANDUAN HINDUISME
Veda (teks hukum-hukum agama).
Upanisyad (teks falsafah).
Ramayana dan Mahabbhrata (epik atau puisi panjang)
Konsep Etika Agama Hindu
1. Purusyartha (mencari kebahagiaan dan kesejahteraan).
Dharma (kebenaran).
Artha (kekayaan)
Karma (kepuasan)
Moksya (kebebasan)
2. Asyrama (putaran hidup)
Alam pelajar.
Alam rumahtangga.
Alam pengunduran diri.
Alam penolakan.
3. Dharma (tindakan yang betul).
Tanggungjawab.
Kebenaran.
Keadilan.
Moraliti.
Kebaikan.
4. Karma (tindakan yang boleh memberi kesan kepada kehidupan selepas mati).
Etika Kepercayaan Buddha
Empat kebenaran mulia.
• Kebenaran kesengsaraan.
• Kebenaran sebab musabab kesengsaraan.
• Kebenaran penghapusan kesengsaraan.
• Kebenaran cara menghapuskan kesengsaraan.
2. Jalan mulia lapan berlapis.
Fahaman betul.
Pemikiran betul.
Pertuturan betul.
Perbuatan betul.
Pekerjaan betul.
Usaha betul.
Kesedaran betul.
Tumpuan betul.
3. Panca sila.
Jangan membunuh.
Jangan mencuri.
Jangan berzina.
Jangan berdusta.
Jangan minum arak.
Diterbitkan pada 8 Jan 2012 jam 10.47pm
No comments:
Post a Comment