Tuesday, 2 August 2011

JATI DIRI REMAJA (Kuliah Minggu ke 11)




Definisi Remaja

Kamus Dewan (1984) mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah cukup umur untuk berkahwin

Khulen (1982) menganggap zaman remaja sebagai satu jarak waktu bagi seseorang mengalami masa peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa, juga merupakan titik tolak dari zaman kanak-kanak melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan

Definisi Remaja sebagai kumpulan anak-anak muda yang berumur antara 12-21 tahun atau 13-25 tahun.
Mempunyai emosi dan perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap kematangan sebagai seorang dewasa.

Definisi Jati

Ditakrifkan sebagai asli, murni, tulen dan tidak bercampur

Definisi Jati Diri

Identiti seseorang yang memisahkan suatu peribadi dengan    peribadi yang lain.
Jatidiri ini adalah berbeza antara satu dengan yang lain iaitu merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja yang terlihat secara lahiriah tetapi juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya.

Persediaan Melahirkan Jati Diri

o  Persediaan mestilah berbentuk lapangan bukannya secara teori sahaja

o  Persediaan yang lengkap di mana proses ini hendaklah merangkumi seluruh aspek pemikiran, diri dan gerakan

o  Persediaan yang seimbang dan bersepadu di mana ia memberi penekanan kepada seluruh aspek kehidupan dengan kadar yang dikehendaki tanpa melakukan penambahan atau pun pengurangan pada sesuatu aspek tertentu.



No comments:

Post a Comment