Thursday, 29 December 2011

Nota Kuliah Minggu Ke 6 (Kepentingan Masyarakat Bermoral dan Beretika)

PENDAHULUAN

Menurut Husin @Ibrahim Mamat,  manusia perlu diberitahu tentang etika moral dan akhlak untuk mengawal perilaku mereka dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi , politik, sosial. Tanpanya manusia tidak akan hidup aman dan  damai.

Nilai dan amalan baik dalam masyarakat harus dikenali,diterap dan disuburkan bagi membolehkan peradaban masyarakat manusia berkekalan


NILAI DAN  MASYARAKAT

Nilai dan masyarakat amat berkait rapat. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan berkembang  maju . Anggota dalam sesebuah masyarakat  terdiri daripada individu, keluarga , organisasi dan masyarakat itu sendiri. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia berhubung dengan perlakuan tingkahlaku masyarakat manusia  sama ada baik atau buruk.


KEPENTINGAN  MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

•          Masyarakat hidup aman damai
•          Etika kekeluargaan bertambah rapat
•          Tiada permusuhan
•          Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan
•          Hidup berakhlak


Masyarakat yang bermoral dan beretika dapat dibentuk sekiranya ahli  masyarakat;

i.                     mematuhi sistem dan peraturan norma hidup bermasyarakat
ii.             bekerjasama  erat dalam menjalankan tugas kemasyarakatan
ii.                   tidak bermusuhan/hidup bersatu padu/tidak individualistik
iv.           bertolak ansur
v.             bertanggungjawab
vi.           amanah
vii.          berani mempertahankan maruah negara dan bangsa
viii.         mengamalkan kehidupan  yang berpaksikan ketuhanan
ix.           bersosialisasi
x.             berbudi pekerti tinggi
xi.            berilmu pengetahuan

GEJALA SOSIAL

Antara perlakuan remaja dengan gejala sosial
•          Vandalisme
•          Ponteng sekolah
•          Pergaduhan
•          Ugutan
•          Jenayah
•          Gangsterism
•          Penyalahgunaan dadah
•          Hamil anak luar nikah
•          Lari dari rumah
•          Pelacuran
•          Seks bebas
•          Penderaan

Punca-Punca Gejala Sosial
•          Kurangnya didikan agama
•          Institusi Keluarga yang rapuh
•          Pengaruh rakan sebaya
•          Teladan yang tidak baik dari orang dewasa
•          Masalah kewangan
•          Individualistik
•          Kebendaaan
•          Sifat ingin tahu
•          Pengaruh  negatif media massa
•          Kurang ilmu pengetahuan
•          Tiada disiplin diri
•          Pergaulan bebas


IMPLIKASI GEJALA SOSIAL

KESAN TERHADAP REMAJA

•          Keruntuhan moral dan akhlak
•          Gelap masa depan
•          Tercicir dalam pelajaran
•          Kesihatan diri terjejas

KESAN TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT

•          Perpecahan institusi keluarga dan masyarakat
•          Tidak produktif
•          Mencemarkan nama baik bangsa,agama dan negara
•          Kesejahteraan hidup masyarakat terjejas

KESAN TERHADAP NEGARA

•          Perbelanjaan tinggi
•          Imej negara tergugat
•          Jejaskan pembangunan negara
•          Kehilangan  generasi baru
•          Gangguan ketenteraman dan keselamatan awam


CARA MENANGANI GEJALA SOSIAL

•          Hukuman yang lebih tegas
•          Melaungkan masa yang produktif dengan anak-anak
•          Penguatkuasaan peraturan dan undang
•          Memperbanyak pusat-pusat terapi bimbingan, kaunseling dan psikologi
•          Memberi didikan agama yang mencukupi
•          Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
•          Menjalani cara hidup sihat
•          Memperbanyakkan sesi ceramah dan program-program khidmat masyarakat/negara
•          Kempen melalui media massa
•          Penghayatan didikan agama/kerohanian
•          Badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu pro aktif
•          Keprihatinan daripada pihak sekolah
•          Penekanan kepada subjek Pendidikan Islam dan Moral


KESIMPULAN

 Setiap ahli masyarakat harus  menggelak daripada bercakaran sesama sendiri dan pastikan dunia ini tempat yang selamat untuk  umat manusia


Catatan: Sila bawa laptop dan broadband semasa sesi tutoran.
Diterbitkan pada 30 Dis 2011 jam 3.30pm

No comments:

Post a Comment