Agama Sebagai Pedoman Hidup
Definisi Agama
Kata “agama” berasal dari bahasa Sanskrit āgama yang berarti “tradisi”. Sedangkan kata lain untuk menyatakan konsep ini adalah religion yang berasal dari bahasa Latin religio dan berakar pada kata kerja re-ligare yang bererti “mengikat kembali”. Maksudnya dengan berreligi, seseorang mengikat dirinya kepada Tuhan.
Agama merupakan sistem atau prinsip kepercayaan kepada Tuhan, atau juga disebut dengan nama Dewa atau nama lainnya dengan ajaran kebhaktian dan kewajiban-kewajiban yang bertalian dengan kepercayaan tersebut.
Secara umum, ada yang mengatakan bahwa agama langit/ samawi merupakan ajaran atau syari’at dari Tuhan yang diturunkan dengan jalan wahyu, diturunkan kepada manusia melalui wahyu. Adapula yang mengatakan definisi agama secara umum adalah kepercayaan yang suci yang terkumpul dalam suatu set perilaku yang menunjukkan ketundukan pada suatu Dzat, kecintaan, hinaan keinginan dan kekaguman.
Mukti Ali berpendapat bahwa ada tiga hujjah yang dapat dijadikan alasan dalam menanggapi pernyataan “Barangkali tak ada kata yang paling sulit diberikan pengertian dan defenisi selain dari kata agama.”.
Pertama kerana pengalaman agama adalah soal batin dan subjektif. Kedua barangkali tidak ada orang yang begitu semangat dan emosional daripada membicarakan agama. Justeru itu, membahas erti agama selalu dengan emosi yang kuat dan yang ketiga konsepsi tentang agama akan dipengaruhi oleh tujuan orang yang memberikan pengertian agama.
Secara terminologi, agama didefinisikan sebagai aturan atau tata cara hidup manusia dengan hubungannya dengan tuhan dan sesamanya. Dalam al-Qur’an agama sering disebut dengan istilah ad-din. Istilah ini merupakan istilah bawaan dari ajaran Islam sehingga mempunyai kandungan makna yang bersifat umum dan universal. Ertinya konsep yang ada pada istilah din seharusnya mencakup makna-makna yang ada pada istilah agama dan religi.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
- Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. - Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. - Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci. - Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.
Jenis-jenis Agama
Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir.
Dari segi penyebaran
Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:
- Agama Universal
merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha.
- Agama Folk
merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoismedan agama Sikh
Dari segi sumber rujukan
Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:
- Agama Bersumberkan wahyu.
Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian, Islam.
- Agama Budaya.
merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha, Hindu.
Dari segi tanggapan ketuhanan
Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.
- Agama Monoteisme
merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.
- Agama Politeisme
merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.
Peranan dan Kepentingan Agama Dalam Kehidupan Manusia.
Peranan agama sangat penting dalam kahidupan agama.Kebanyakan manusia di dunai ini mempunyai pegangan agamanya tersendiri seperti agama Islam,Buddha,Kristian dan sebagainya.Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengaikat dan mereka tidak merasa bebas.Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia untuk menjadi seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat seperti membunuh,menipu,berzina,dan sebagainya.Contohnya dalam isu pengklonan manusia baru-baru ini,tiada satu pun agama yang menyokong perkara tersebut malahan semua agama mengecam tindakan pengklonan manusia kerana perkara tersebut akan menimbulkan impak negative yang cukup besar pada dunia.Jika manusia tidak mempedulikan soal agama dalam melakukan aktiviti seharian,sudah tentu dunia akan kucar-kacir dan timbul terlalu banyak masalah.
Agama berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Dalam kehidupan saat ini, peranan agama masih diperlukan, ketika kita berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan norma-norma atau nilai-nilai sosial kemasyarakatan. Jika manusia sudah tidak mengambil kira nilai-nilai murni dalam kahidupan,prkara yang tidak elok seperti kes rogol,bunuh,culik,rompak dan banyak lagi pasti berleluasa.Jika perkara ini berlaku,manusia tidak akan berasa aman dan produktiviti kerja akan merudum sekaligus
menyebabkan kemajuan sesebuah negara akan terjejas.
Pada dasarnya, agama tidak pernah melarang umatnya menggunakan akal fikiran. Penggunaan akal fikiran dalam memahami,meneliti sesuatu, menjadi dasar atau landasan serta pijakan bagi kemajuan sains.Semua agama menggalakkan pengikutnya bekerja keras untuk memajukan taraf ekonomi diri secara khusus dan kepada negara secara amnya.Namun kemajuan yang dicari haruslah berlandaskan agama.Tidak guna kita maju tetapi mengenepikan agama kerana jika kita tidak mengikut suruhan agama,mungkin kita akan melanggar batas-batas kemanusiaan seperti menindas hak orang lain.Hal ini tidak patut berlaku kerana setiap manusia mempunyai hak mereka.Agama juga menyuruf pengikutnya menuntut ilmu.Jika manusia tidak menuntut ilmu,negara akan mundur dan rakyat akan menderita kerana tidak mengecapi kemajuan.Ilmu juga penting kepada seseorang agar dirinya tidak mudah ditindas oleh orang lain.
Fungsi Agama Kepada Manusia
Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:
- Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).
- Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.
- Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
- Memainkan fungsi kawalan sosial.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
Senarai agama
Dimuat naik pada 13 Julai 2013 Jam 9.40pagi.
No comments:
Post a Comment