Monday, 25 July 2011

AGEN-AGEN SOSIALISASI (Nota Minggu 10)


AGEN-AGEN SOSIALISASI

Definisi Agen-agen Sosialisasi

Individu / pihak yang mampu membentuk individu yang menghayati nilai-nilai moral. Terdapat 5 agen sosialisasi iaitu:

  1. Institusi Keluarga
  2. Institusi Pendidikan
  3. Masyarakat
  4. Institusi Agama
  5. Media Massa
 
A.      Institusi Keluarga

1.       Ibu bapa menjadi “Role Model” dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
2.       Mewujudkan persekitaran rumahtangga yang harmonis dan suasana yang selamat bagi anak-anak.
3.       Ahli keluarga sebagai penasihat atau kaunselor kepada anak-anak yang menghadapi masalah.
4.       Saling membantu, menyokong dan bekerjasama dalam setiap aspek kehidupan.
5.       Rumah adalah sumber untuk mendapatkan kasih sayang.
6.       Mendidik anak-anak dari kecil tentang tatacara bersosial dan persekitaran
7.       Membetulkan kesalahan anak-anak.
8.       Memberikan didikan agama dan moral melalui cerita, kisah-kisah dan teladan

B.      Institusi Pendidikan

1.       Pengetahuan Moral:
                                                                           i.      Memberikan maklumat/teori moral
                                                                         ii.      Penerapan melalui aktiviti
                                                                        iii.      Pengukuhan melalui ujian dan peperiksaan

2.       Peraturan Sekolah:
                                                                           i.      Lembaga Disiplin memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi
                                                                         ii.      Mencegah dan menghalang pelajar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral

3.       Kegiatan Ko-Kurikulum:
                                                                           i.      Pelajar mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.
                                                                         ii.      Menyediakan alternatif kepada para pelajar untuk menyalur minat dan kebolehan masing-masing.
4.       Menyediakan persekitaran yang merangsang pertumbuhan emosi dan sosial yang sihat melalui    jalinan ikatan mesra dan muhibbah.
5.       Guru bertindak sebagai ibubapa kedua atau mentor kepada pelajar.
C.      Institusi Masyarakat

1.       Membentuk nilai-nilai yang diterimapakai dalam kumpulan masyarakat
2.       Menunjukkan perlakuan yang boleh atau tidak dapat diterima oleh kumpulan.
3.       Mempamerkan cara-cara hidup yang sesuai dan perlu diikuti oleh golongan muda-mudi.
4.       Mengubah tingkahlaku individu yang tidak sesuai dengan teguran dan penjelasan.
5.       Nilai masyarakat majmuk dapat membanding yang kurang dalam diri kita.
6.       Adat resam dapat mempengaruhi pembentukan peribadi yang lemah lembut dan berhemah tinggi.
7.       Menjatuhkan hukuman bagi individu yang perilaku tidak sesuai dengan nilai-nilai masyarakat melalui sindiran, pandangan atau kata nasihat.

D.      Institusi Agama

1.       Melalui penyampaian ajaran agama yang disampaikan dalam bentuk khutbah, ceramah, penyampaian melalui pendeta, sami.
2.       Pembacaan melalui kitab-kitab mengikut agama yang dianuti.
3.       Melalui lagu-lagu rohani
4.       Aktiviti kerohanian
5.       Seminar keagamaan yang bersifat membentuk remaja
6.       Perayaan sesuatu agama


E.       Institusi Media Massa

1.       Membekalkan maklumat baik-buruk sesuatu perkara
2.       Menerbitkan rancangan berunsur agama dan pendidikan (TV/Radio)
3.       Menyelitkan pengajaran/teladan dalam artikel
 
Kesimpulan

          Sosialisasi merupakan satu agen untuk membentuk tingkahlaku yang boleh diterima oleh masyarakat,
        institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, institusi agama dan media massa memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi



No comments:

Post a Comment