Thursday 24 November 2011

Nota Kuliah Minggu 1 :Pengenalan Kepada Pendidikan Moral


Pengenalan Kepada Pendidikan Moral

Tajuk pada minggu pertama pembalajaran akan cuba menerangkan konsep-konsep dalam pendidikan moral iaitu Pengertian Moral, Pengertian Etika, dan Pengertian Akhlak. Para pelajar diharapkan dalam mengetahui dan membanding setiap konsep tersebut yang adakalanya seperti mempunyai pengertian yang sama. Setelah itu para pelajar diharapkan dapat mengenalpasti kepentingan moral, nilai dan agama serta mengetahui konsep nila itu sendiri.

Pengertian Moral

“Moral relates to the standards of good or bad, behavior, fairness, honesty etc. Which each person believes in rather than to laws or ather standards”

Moral ialah ukuran standard sesuatu perlakuan. Betul atau salah. Baik atau buruk. Boleh diterima atau tidak boleh diterima. Ia bergantung kepada keyakinan seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard lain.

Pengertian Etika

Etika pula merupakan sikap atau cara manusia berkelakuan berasaskan prinsip baik atau buruk. Ia berkait rapat dengan satu system kepercayaan yang diterima serta mengawal perlakuan manusia.


Pengertian Akhlak

Mengikut kamus dewan, akhlak bermaksud budi pekerti, kelakuan dan tabiat baik atau tabiat buruk.


Kepentingan Moral, Nilai dan Agama

1.       Membentuk tingkahlaku manusia.
2.       Pembentukan keluarga harmonis
3.       Panduan hidup bermasyarakat/ pembentukan cara hidup
4.       Mewujudkan kestabilan negara
5.       Menjamin keamanan sejagat.

Konsep NIlai

Prinsip/ kepercayaan yang mengarah, membimbing, mendorong Perilaku Seseorang atau sekumpulan orang atau sesebuah organisasi/ institusi atau sesebuah masyarakat..
NILAI mendorong manusia memilih suatu corak tingkahlaku. Baik buruk tingkahlaku manusia diukur berdasarkan nilai yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat.


Nilai dan Kepercayaan

1.       Nilai menggambarkan cara hidup, stail, amalan, cara berfikir, cara berpersepsi, dan segala yang mengandungi kepercayaan kita.
2.       Nilai menggambarkan personality seseorang.
3.       Nilai melilbatkan aspek agama, budaya, sains dan teknologi, ekonomi, seni dan bahasa.

Sumber-sumber Nilai

1.       Agama
2.       Budaya atau adat resam.
3.       Imigran
4.       Sistem perundangan.
5.       Perkembangan Sains dan teknologi
6.       Ekonomi
7.       Seni
8.       Bahasa

Ciri-ciri Nilai

1.       Ia berada di dalam hati sanubari.
2.       Merefleksikan dan menggerakkan corak tingkahlaku, sikap, pertuturan, pemikiran, budaya dan amalan seseorang.
3.       Membentuk jati diri.
4.       Ada nilai positif dan negatif
5.       Nilai boleh berubah, bertambah, berkurang, terhapus atau munculnya nilai baru.
6.       Keutamaan nilai adalah berbeza bagi setiap individu.


Punca-punca Kemerosotan Nilai

1.       Wujudnya pelbagai fahaman baru.
2.       Masyarakat tidak mempertahankan nilai-nilai yang sedia ada.
3.       Perubahan nilai/ pemikiran dalam masyarakat.
4.       Perkembangan dunia semasa.

Perkembangan NIlai Individu

1.       Pembinaan persepsi
2.       Pembentukan sikap dan gaya pertuturan.
3.       Kesedaran/ insight
4.       Cara dan gaya bertindak.
5.       Motivasi
6.       Imej diri
7.       Adaptasi terhadap perubahan.

Perkembangan Nilai Masyarakat

1.       Asimilasi budaya
2.       Pembinaan tamadun
3.       Kemunduran
4.       Kelemahan dan kekuatan bangsa.

Nilai Dalam Falsafah Pendidikan Negara

1.       Menghargai ilmu pengetahuan.
2.       Ketrampilan diri
3.       Nilai personal
4.       Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
5.       Akhlak mulia
6.       Pertumbuhan seimbang dan harmoni
7.       Bertanggungjawab
8.       Warganegara yang produktif.


Diterbitkan pada 25 Nov 2011 jam 3.45 petang.
Update pada 10 Jun 2013

No comments:

Post a Comment