Thursday 29 December 2011

Nota Kuliah Minggu Ke 6 (Kepentingan Masyarakat Bermoral dan Beretika)

PENDAHULUAN

Menurut Husin @Ibrahim Mamat,  manusia perlu diberitahu tentang etika moral dan akhlak untuk mengawal perilaku mereka dalam semua aspek kehidupan termasuk ekonomi , politik, sosial. Tanpanya manusia tidak akan hidup aman dan  damai.

Nilai dan amalan baik dalam masyarakat harus dikenali,diterap dan disuburkan bagi membolehkan peradaban masyarakat manusia berkekalan


NILAI DAN  MASYARAKAT

Nilai dan masyarakat amat berkait rapat. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan nilai baik, masyarakat tersebut mampu hidup harmoni dan berkembang  maju . Anggota dalam sesebuah masyarakat  terdiri daripada individu, keluarga , organisasi dan masyarakat itu sendiri. Etika nilai penting dalam kehidupan masyarakat kerana ia berhubung dengan perlakuan tingkahlaku masyarakat manusia  sama ada baik atau buruk.


KEPENTINGAN  MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

          Masyarakat hidup aman damai
          Etika kekeluargaan bertambah rapat
          Tiada permusuhan
          Negara dapat berkembang maju dan pesat tanpa gangguan
          Hidup berakhlak


Masyarakat yang bermoral dan beretika dapat dibentuk sekiranya ahli  masyarakat;

i.                     mematuhi sistem dan peraturan norma hidup bermasyarakat
ii.             bekerjasama  erat dalam menjalankan tugas kemasyarakatan
ii.                   tidak bermusuhan/hidup bersatu padu/tidak individualistik
iv.           bertolak ansur
v.             bertanggungjawab
vi.           amanah
vii.          berani mempertahankan maruah negara dan bangsa
viii.         mengamalkan kehidupan  yang berpaksikan ketuhanan
ix.           bersosialisasi
x.             berbudi pekerti tinggi
xi.            berilmu pengetahuan

GEJALA SOSIAL

Antara perlakuan remaja dengan gejala sosial
          Vandalisme
          Ponteng sekolah
          Pergaduhan
          Ugutan
          Jenayah
          Gangsterism
          Penyalahgunaan dadah
          Hamil anak luar nikah
          Lari dari rumah
          Pelacuran
          Seks bebas
          Penderaan

Punca-Punca Gejala Sosial
          Kurangnya didikan agama
          Institusi Keluarga yang rapuh
          Pengaruh rakan sebaya
          Teladan yang tidak baik dari orang dewasa
          Masalah kewangan
          Individualistik
          Kebendaaan
          Sifat ingin tahu
          Pengaruh  negatif media massa
          Kurang ilmu pengetahuan
          Tiada disiplin diri
          Pergaulan bebas


IMPLIKASI GEJALA SOSIAL

KESAN TERHADAP REMAJA

          Keruntuhan moral dan akhlak
          Gelap masa depan
          Tercicir dalam pelajaran
          Kesihatan diri terjejas

KESAN TERHADAP KELUARGA DAN MASYARAKAT

          Perpecahan institusi keluarga dan masyarakat
          Tidak produktif
          Mencemarkan nama baik bangsa,agama dan negara
          Kesejahteraan hidup masyarakat terjejas

KESAN TERHADAP NEGARA

          Perbelanjaan tinggi
          Imej negara tergugat
          Jejaskan pembangunan negara
          Kehilangan  generasi baru
          Gangguan ketenteraman dan keselamatan awam


CARA MENANGANI GEJALA SOSIAL

          Hukuman yang lebih tegas
          Melaungkan masa yang produktif dengan anak-anak
          Penguatkuasaan peraturan dan undang
          Memperbanyak pusat-pusat terapi bimbingan, kaunseling dan psikologi
          Memberi didikan agama yang mencukupi
          Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
          Menjalani cara hidup sihat
          Memperbanyakkan sesi ceramah dan program-program khidmat masyarakat/negara
          Kempen melalui media massa
          Penghayatan didikan agama/kerohanian
          Badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu pro aktif
          Keprihatinan daripada pihak sekolah
          Penekanan kepada subjek Pendidikan Islam dan Moral


KESIMPULAN

 Setiap ahli masyarakat harus  menggelak daripada bercakaran sesama sendiri dan pastikan dunia ini tempat yang selamat untuk  umat manusia


Catatan: Sila bawa laptop dan broadband semasa sesi tutoran.
Diterbitkan pada 30 Dis 2011 jam 3.30pm

No comments:

Post a Comment