Thursday 1 December 2011

Nota Kuliah Minggu Ke 2

Nota Kuliah Minggu Ke 2

Asas-asas Nilai

Pada akhir pengajaran, saya amat berharap agar para pelajar saya  memahami asas-asas nilai dengan mengetahui kepentingan system dan domain nilai, meningkatkan kemahiran menangani konflik nilai dan mengamalkan nilai hormat menghormati sesame insan, bertolak ansur dalam kehidupan seharian.


Sistem Nilai

Kod etika moral merupakan panduan dalam menentukan peraturan hidup bermasyarakat, ganjaran dan hukuman, penerimaan dan penolakan.

Faktor Pembentukan Nilai

Terdapat banyak factor yang boleh menyumbang kepada pembentukan nilai. Namun di bawah ini akan disenaraikan beberapa factor yang antara lainnya ialah agama, budaya, bahasa, geografi atau persekitaran, bangsa dan adat resam, perkembangan politik, ekonomi, teknologi media, pengalaman dan tahap pendidikan.

Punca Pembentukan Nilai

1.       Institusi keluarga
2.       Institusi pendidikan
3.       Institusi agama
4.       Institusi masyarakat
5.       Media massa

Syarat Penerimaan Nilai.

Sesuatu nilai itu hanya akan diterima bergantung kepada 4 perkara iaitu:

1.       Mendapat persetujuan bersama
2.       Sesuai dengan norma hidup
3.       Sesuai dengan nilai agama
4.       Budaya masyarakat.


Domain-domain Nilai

1.       Nilai ekonomi (kecekapan dan produktif)
2.       Nilai kebendaan dan fizikal (keselamatan)
3.       Nilai sosial (sopan santun)
4.       Nilai estetika (keindahan)
5.       Nilai rohani dan agama (kesucian)
6.       Nilai sentimental (kasih sayang)
7.       Nilai moral
8.       Nilai politik (kebebasan dan keadilan)
9.       Nilai intelek, psikologi, professional.

Kesan Pendidikan NIlai

1.       Menghormati autoriti seperti ibu bapa, guru-guru, pemimpin negara atau agama yang menunjukkan contoh serta amalan yang diterima sebagai bermoral.
2.       Melakukan sesuatu dengan bebas tanpa sebarang tekanan.
3.       Mempunyai pengetahuan, pemahaman serta penghayatan tentang perasaan orang lain.
4.       Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang baik, benar atau patut.


Konflik Nilai

  1. Berlaku apabila nilai yang ada bercanggah dengan keputusan atau tindakan yang terpaksa diambil.
  2. Apabila nilai hidup yang dipegang dan diamalkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat bertembung dan bercanggah dengan nilai yang dipegang oleh kumpulan masyarakat yang lain.
  3. Melibatkan dalaman dan luaran.

Faktor-faktor Nilai

Keturunan, Jantina, Bangsa, Agama, Umur, Tradisi/ Adat resam, Geografi, Pembangunan, Politik, Taraf Hidup, Taraf Pendidikan, Kepentingan kendiri, Ideologi, Perubahan citarasa, Pendedahan budaya luar.


Jenis-jenis Konflik

  1. Konflik antara yang benar dan salah (perlanggaran peraturan)
  2. Konflik fizikal (perkelahian)
  3. Konflik tidak puas hati (perbezaan pendapat, percanggahan nilai)

Sekiranya konflik nilai tidak diatasi, masyarakat akan bermusuhan sesame sendiri dan hidup tanpa peraturan.

Kesan Konflik Nilai

  1. Kejutan budaya
  2. Perselisihan faham
  3. Kerunutuhan moral
  4. Kecelaruan kendiri
  5. Pergaduhan dan peperangan.

Strategi Penyelesaian

  1. Menyedari kewujudan konflik
  2. Mengenalpasti punca konflik
  3. Menganalisa/ Analisa SWOT
  4. Membuat senarai pilihan tindakan
  5. Keputusan dan tindakan
  6. Penilaian
  7. Keputusan akhir tindakan.


Nilai-nilai Asas Dalam Hidup Seharian di Kolej Matrikulasi Johor

  1. Berdikari
  2. Toleransi
  3. Kerjasama
  4. Hormat-menghormati
  5. Jimat-cermat
  6. Mematuhi peraturan kolej
  7. Semangat kekitaan/ sayang kepada kolej
  8. Rajin


Kesimpulan

Pendidikan moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Pengetahuan dan penghayatan nilai murni diharap mampu memberikan kesedaran untuk mengangani pelbagai isu dan gejala sosial yang melanda masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

Disediakan pada 2 Disember 2011 jam 3.55 petang.

No comments:

Post a Comment