Thursday 22 December 2011

Nota Kuliah MInggu Ke 5 ( Silang Budaya)

SIKAP TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA


ETNOSENTRISME (ETHNOCENTRISM)

Konsep ini telah dikemukakan oleh William G. Summer dengan merujuk kepada pandangan bahawa setiap aspek budayanya adalah yang terbaik dan mengukur budaya orang lain berdasarkan budayanya sahaja.
Konsep ini merujuk kepada kecenderungan individu untuk mengandaikan bahawa budaya masyarakatnya lebih baik dari budaya masyarakat lain.Contohnya, pendapat yang menyatakan         makan menggunakan tangan lebih baik daripada menggunakan penyepit


RELATIVISME BUDAYA (CULTURAL RELATIVISM)

Konsep ini memberikan alternatif kepada kita supaya tidak melihat budaya kita sendiri lebih baik dan maju berbanding dengan budaya lain. Ia menganjurkan kepada kita supaya melihat dan menakrifkan tingkah laku seseorang individu itu dari perspektif budaya mereka sendiri. Ia menekankan kepada sikap neutrality dalam pemahaman kepada budaya lain dan tidak menolak budaya tersebut sebagai aneh, kolot  atau exotic jika ia berbeza dengan budaya kita.
Contohnya, pengkajian tentang aspek agama Islam yang membenarkan lelaki beristeri lebih dari seorang perlu dilihat dari perspektif Islam


XENOCENTRISM

Konsep ini bertentangan dengan Etnosentrisme. Ini berdasarkan kepada kepercayaan  bahawa keluaran barangan,reka bentuk, idea, nilai dan kepercayaan masyarakat sendiri   adalah inferior atau kolot bila berbanding dengan budaya lain.  Konsep ini memandang rendah kepada budaya sendiri.
Contohnya
kecenderungan remaja terhadap barangan yang diimpot seperti kasut sukan Reebok dan Nike,                                    peralatan elektrik seperti Sony dan Hyundai.


KESEJAGATAN BUDAYA (UNIVERSAL CULTURE)

Melihat kepada perbezaan yang wujud dalam budaya masyarakat, kita juga boleh menafikan tentang kewujudan persamaan budaya dalam setiap masyarakat.
 Contohnya, setiap budaya mempunyai sistem kekeluargaan di mana terdapat nilai dan norma yang dikaitkan dengan perhubungan antara keluarga dan penjagaan anak.
Juga terdapat dalam setiap budaya, institusi perkahwinan,ritual keagamaan dan hak pemilikan terhadap harta. Setiap budaya juga mementingkan larangan terhadap hubungan kelamin di kalangan ahli keluarga terdekat (incest) seperti anak dan ayah atau ibu,kakak dan adik lelaki. Persamaan yang dinyatakan ini dikenali sebagai kesejagatan budaya seperti yang dinyatakan oleh George Murdock

3 comments:

  1. thanks for ur explaining.. i took ur words for my task..
    do ethnocentrism and culture relativism have similarities?

    ReplyDelete
  2. thnk you. good explanation .

    ReplyDelete