Thursday 22 December 2011

Nota Minggu ke 5 Silang Budaya (Bahan Aktiviti)

Lain Padang, Lain Belalangnya

Berapa ramai jumlah manusia di seluruh duia agaknya? Bayangkanlah…..berapa macam jenis bahasa, gelagat, nilai, persepsi manusia di seluruh dunia.

Bila bercakap tentang situasi di negara luar, kita terlupa sesuatu. Kita menilai mereka daripada sudut kita. Tapi apakah kita faham penilaian daripada  sudut mereka pula? Memang seluruh manusia tahu garis sempadannya... lakukan kebaikan, jauhi kejahatan... tapi apa yang baik dan apa yang tidak. Apa yang sesuai dan apa yang tidak. Apa yang beretika dan apa yang tidak. Apa yang sopan dan apa yang tidak. Mungkin bagi kita adalah suatu yang melampau, tapi bagi mereka itu adalah cara hidup yang biasa. Kita bukan bercakap dalam konteks sesama kita. Tapi masyarakat luar yg berbilang bangsa, agama daripada pelbagai budaya dan dari pelbagai Negara. Mungkin dengan mempelajari budaya hidup masyarakat dunia akan menambah kefahaman dan memudahkan kita berinteraksi dengan mereka.

NETHERLANDS

Bangsa Belanda tidak tahu banyak tentang orang luar atau orang asing. Yg dia tau satu jer... foreigner nie selalu lewat. Derang memang pantang bab masa. Kalu nak wat bisnis ker atau mintak kerja ker di sana.. blajo blajo ler tepati masa ya!
Bagi orang-orang Belanda, derang memang sakit hati bila orang asing menyebut ‘ya’ tanpa sebarang perasaan setuju/komitmen terhadap sesuatu. Mungkin bagi kita... “ya’ tu maksudnya kita dengar atau tengok ler cemana. Tapi bagi derang.. ya maksudnya ‘ya’. Orang Belanda sangat menepati atau memegang apa yang dikatakannya, walaupun ia tidak membawa sebarang keuntungan untuk mereka melakukannya. Jadi bila korang kata korang nak kahwin ngan anak dara derang besok.. hehe, memang bulat-bulat derang percaya. Jadi jangan le main sebarang cakap!
Di Holland, pelawat kena bawak sejambak bunga untuk tuan rumah. Walaupun tuan rumah kata tak payah.. sebenornya derang suka ler sesangat.
Di sesetengah negara, bercakap secara spontan adalah merupakan suatu yang baik dan menggalakkan proses komunikasi berlangsung. Tapi orang Belanda anggap lebih sopan jika tunggu orang lain habiskan kata-katanya. Bottom line: jangan menyampuk!
Untuk kebanyakkan orang Belanda, ikatan kekeluargaan semakin kurang penting. Datuk, nenek, pakcik dan makcik tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam hidup mereka. Masing-masing mempunyai keutamaan kepada keluarga masing-masing; bukannya keluarga besar.
rakan-rakan lebih penting berbanding keluarga. Jangan terkejut jika ada yang berkata: “Tidak semestinya mempunyai abang atau kakak, kita mempunyai hubungan baik dengan mereka”.

Suatu perkara biasa, menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Sebab mak bapak derang yg seronok nak duduk kat sana. Lazimnya, orang yg sudah tua tak mahu tinggal bersama anak-anak mereka. Sebab mereka fikir anak-anak mereka berhak untuk hidup sendiri.
Keluarga yang mempunyai anak-anak kurang upaya pula akan menghantar ke rumah istimewa. Mereka menganggap ia merupakan penyelesaian terbaik di mana anak-anak ini berada di bawah jagaan yg baik. Pilihan ini sama-sekali tidak ada kena-mengena dengan sifat tidak berperikemanusian.
Apabila orang-orang Belanda makan bersama, ia adalah suatu yang biasa untuk masing-masing membayar makanan dan minuman mereka sendiri. Ia dipanggil ‘go dutch’. Bagi mereka, ia adalah adil kerana masing-masing bebas memesan makanan minuman yang mahal kerana mereka sendiri yang membayarnya.
Di kafe pula, semua orang dijangka bergilir-gilir membayar makanan mereka. Kebanyakan orang Belanda begitu prihatin dan ingat siapa yang sudah membayar dan siapa yang belum. Jd bila sampai turn, jgn le wat-wat lupa.. kena pelangkung karang beramai-beramai karang.. hehe!
Di Holland, menunjuk-nunjuk kekayaan dengan barangan mewah akan dipandang pelik dan sinis. Justeru itu, agak sukar mengadili siapa yang kaya atau siapa yang miskin melalui pemakaiannya. Memperagakan kereta mewah dan barang kemas dianggap sebagai biadap. Bagi masyarakat Belanda, mereka yang mahukan terbaik, berjaya atau berada di tahap tertinggi tidak akan bercakap mengenainya secara terbuka di hadapan umum. Cita-cita ini dianggap sesuatu yang memalukan.
Golongan Belanda sama-sekali tidak akan menziarahi antara satu sama lain tanpa membuat ‘temujanji’ terlebih dahulu. Ini termasuklah kenalan mereka yang paling rapat.bahkan seorang ibu juga akan menelefon anak perempuannya untuk mengetahui adakah sesuai waktunya untuk singgah. Jika keadaan tidak sesuai, merka pasti akan mengatakan waktu itu tidak sesuai untuk singgah. Mereka tidak menganggap kasar atau biadap, tetapi sebagai jujur.Mereka juga ingin tahu waktu yang tepat anda kan datang, bagi memberi waktu untuk mengemaskan bilik, menidurkan anak-anak mereka dan menyiapkan kopi sebelum anda membunyikan loceng pintu masuk.
Jika anda melawat keluarga Belanda sekitar 5.30 petang, peluang untuk anda makan malam bersama mereka adalah tipis. Tuan rumah merasakan adalah suatu perkara kebiasaan untuk makan malam pada jam 6 petang tanpa kehadiran anda. Mereka juga akan menjadi tidak selesa kerana tidak memahami mengapa anda masih tidak bergerak pulang.
Bagi orang Belanda, mereka tidak akan menziarahi sesiapa selepas jam 4 petang dan kebanyakkan tuan rumah tidak bersedia menerima mana-mana tetamu hinggalah selepas jam 8.00 malam.
 

kata Hamka:
adab itu terbagi kepada 2 bahagian: adab di dalam dan adab di luar.
Adab di luar itu berubah menurut perubahan tempat dan zaman, termasuk kepada hukum adat istiadat, resam basi dan lain-lain.

Adat Eropah: angkat topi memberi hormat ketika bertemu.
Bagi orang Tionghua Cina: angkat topi ketika ingin berlalu pergi.

Minangkabau:
- tak boleh berlari di jalan raya
- walaupun basah kuyup dalam hujan, tidak boleh tanggalkan songkok.
- Tak boleh panjat pohon
- Tak boleh menyinsing lengan

Aceh: Tak boleh mengangkat kaki, kerna ertinya menentang.
Bugis: tak boleh menyentak keris, kerana ia hanya dilakukan ketika akan ditikamkan saja. ‘tak boleh menyarung keris kembali, sebelum diberi minum’

Orang Arab Hijaz kerap mencela orang Jawa sebagai ‘Jawa Yakkul hannas’ (Jawa makan ular) sebab Jawa padang makan belut, walhal jika mereka selidiki lebih dulu tentu mereka akan faham bahawa belut itu bukanlah jenis ular.
Manakala orang Arab Hijaz tadi akan dituduh pula oleh orang Jawa sebagai pemakan bengkarung, sebab mereka makan dhabb. Walhal dhabb itu hanya bentuknya saja serupa bengkarung.. jenisnya tidak.

Semua ini bukanlah penting benar untuk diperhatikan, tetapi jika diperhatikan.. ada juga faedahnya. Setiap negeri (negara) berdiri dengan kesopanannya masing-masing, menurut kemajuan batinnya.
Dan kita sebagai manusia penduduk dunia belum boleh mencela sebelum mengetahui rahsia kemajuan yang diperoleh orang di dalam negeri itu. Semuanya itu tidak boleh kita cela, kita rendahkan kalau belum difahami oleh kita. Kerana semua itu hanya gambaran dari kemajuan batin yang telah mereka perolehi.

Bahkan orang Dayak mengayau (memotong) kepala orang, adalah berdasar kepada turun naik kesopanan yang telah ditempuh oleh bangsa itu.

Dan kita sebagai manusia, apa yang perlu dijaga ialah sumber adab kesopanan itu. Jika kesopanan batin telah suci, hati bersih, niat bagus sesama manusia.. maka baiklah segenap masyarakat walau kesusut dunia mana pun kita pergi.
Adab Batin itu terbahagi pada 2: adab sesama makhluk & adab dengan Khalik.





No comments:

Post a Comment