Sunday 18 December 2011

Nota Kuliah Minggu Ke 4

Nilai Komuniti dan Masyarakat


KOMUNITI MASYARAKAT MALAYSIA

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbagai suku kaum dan pelbagai etnik yang mengamalkan adat resam dan menganut agama yang berlainan

*      Masyarakat Melayu
1.Melayu Jawa
2.Minangkabau
3.Bugis

*      Masyarakat Cina
1.Hokkien
2.Hakka
3.Kantonis

*      Masyarakat India
1.Tamil
2.Telegu

*      Masyarakat Natif Sabah
1.Kadazan Dusun
2.Bajau
3.Murut

*      Masyarakat Natif Sarawak
1.Iban            
2.Kelabit
3.Bidayuh


NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

*      Melindungi hak kanak-kanak,
*      Melindungi hak pekerja.
*      Menghormati hak golongan kurang berupaya.
*       Menghormati hak wanita.
*      Melindungi hak pengguna


NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

*     Mematuhi peraturan dan undang-undang.
*     Kebebasan bersuara.
*     Kebebasan beragama.
*     Penglibatan diri dalam pembangunan negara.
*     Sikap keterbukaan.


NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

*      Hidup bersama secara aman.
*      Saling membantu dan bekerjasama.
*      Saling menghormati antara Negara.


NILAI YANG BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

*       Menyayangi dan menghargai  alam sekitar
*       Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
*       Pemeliharaan dan pemuliharaan  alam sekitar
*       Peka terhadap isu-isu alam sekitar


NILAI ASAS YANG MEMBENTUK NEGARA MALAYSIA

*      Kerjasama
*      Toleransi
*      Perpaduan dan permuafakatan
*      Hormat menghormati
*      Kesetiaan kepada negara


NILAI-NILAI DALAM WAWASAN 2020

*      Mewujudkan negara Malaysia bersatu serta mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Nilai: Perpaduan, perkongsian dan  kesetiaan
*       Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta tabah menghadapi pelbagai masalah.
Nilai: Kebebasan, pencapaian dan kecemerlangan
*      Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan matang.
Nilai: Demokrasi dan kebangsaan
*      Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Nilai: Etika, keagamaan dan kerohanian
*      Mewujudkan masyarakat yang liberal dan berolak ansur.
Nilai: Liberal, toleransi, kepelbagaian dan  menghormati orang lain
*      Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
Nilai: Saintifik, inovatif dan progresif
*      Mewujudkan masyarakat penyayang dan berbudaya penyayang.
            Nilai: Penyayang dan kekeluargaan
*    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Nilai: Keadilan dan kesaksamaan
*       Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat dan kental.
Nilai: Kemakmuran, persaingan, kesungguhan dan kerajinan





KOMUNITI GLOBAL

*      Mengamalkan sikap terbuka dan saling bekerjasama.
*      Membantu negara yang ditimpa bencana

Diterbitkan pada 18 Dis 2011 Jam 11.38 malam.

No comments:

Post a Comment