Tuesday 2 August 2011

PERKEMBANGAN DIRI REMAJA (Kuliah Minggu Ke 12)



Aspek Perkembangan Diri Remaja

Aspek fizikal;  Perubahan diri individu sama ada lelaki atau perempuan contohnya perubahan bentuk tubuh badan, suara, perangai dan pemikiran seseorang.

Aspek mental; Pada peringkat remaja, akan berlaku perubahan pemikiran yang agak mendadak. Justeru remaja perlu membuat persiapan strategik supaya setiap cabaran yang mendatang dapat dihadapi dengan baik. Antara persediaan penting ialah kekuatan ilmu, ketahanan akal dan faktor rohaniah yang memberi kekuatan emosi.

Aspek emosi; Emosi remaja mudah terdedah dengan hasutan dan pengaruh sekeliling. Remaja mula ingin mencuba sesuatu yang baru. Kekuatan mental dan kerohanian menuntut remaja supaya tidak terpengaruh dengan cabaran yang pelbagai


PERUBAHAN–PERUBAHAN YANG BERLAKU KEPADA REMAJA

*      Perasaan ingin mencari identiti sendiri.
*      Ingin berdikari dan memikul tanggungjwb sendiri.
*      Bercita-cita untuk meningkatkan potensi diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
*      Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.


POTENSI DIRI PELAJAR

1. Menilai diri
ÿ  Membina imej diri
ÿ  Imej positif atau negatif
ÿ  Yakin dengan kebolehan diri

2. Membanding diri
ÿ  Melihat persamaan dan perbezaan dengan orang lain
ÿ  Menghasilkan kesan positif atau negatif
ÿ  Menilai kelemahan yang ada dalam diri
ÿ  Membuat perubahan

3. Menanamkan sifat cekal diri
ÿ  Konsisten menjadikan diri cekal
ÿ  Menganggap setiap kegagalan itu tidak akan gagal selamanya
ÿ  Tabah dalam menghadapi setiap dugaan
ÿ  Menyedari kelemahan diri dan membuat perubahan


Ciri-ciri Pertingkat Potensi Diri

1.       Asertif
2.       Ramah
3.       Bertanggungjawab
4.       Sabar
5.       Hormat Diri
6.       Yakin Diri
7.       Tenang
8.       Kuat Semangat
9.       Sanggup menghadapi risiko
10.   Berusaha
11.   Berdikari
12.   Penyayang.

Masalah dan Salah Laku Remaja

1.       Disko
2.        ‘Clubbing’
3.       Seks bebas
4.       Minum arak
5.       Lepak
6.       Dadah
7.       Pembuangan Bayi
8.       Vandalisme
9.       Lari Dari Rumah
10.   Jenayah Juvana
11.   Berkelakuan lucah
12.   Merokok



No comments:

Post a Comment