Monday 25 July 2011

Pengertian Sosialisasi (Nota Kuliah Minggu 9)
Sosialisasi ditakrifkan sebagai proses mempelajari dan menanamkan (internalizing) ciri-ciri budaya yang dipersetujui bersama oleh ahli masyarakat tentang cara berfikir dan bertingkah laku, peraturan dan kehendak serta matllamat yang ingin dicapai oleh budaya tersebut
Untuk menjadi anggota masyarakat, kita terpaksa mengimbangkan keinginan sendiri dengan kepentingan masyarakat secara keseluruhannya.Berdasarkan kepada  keadaan ini, jika individu dalam budaya yang sama tetapi membentuk personaliti yang berbeza punca utamanya ialah mungkin disebabkan oleh perbezaan persekitaran sosial di mana ia dibesarkan dan juga perbezaan dari segi biologi atau keturunan.

MASYARAKAT
 
Kelompok manusia yang tinggal bersama dalam dalam satu kawasan untuk tempoh masa tertentu,mempunyai kegiatan-kegiatan ekonomi, berkongsi nilai-nilai dan norma-norma di samping mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu.

Ferdinand Tonnies(1855-1936),ahli sosiologi Jerman. Beliau telah mengkelaskan masyarakat kepada dua bentuk iaitu:
 a) Gemeinscharf
    b)   Gesellscharf
GEMEINSCHARF
Juga dikenali sebagai the society of tradition yang merujuk kepada sistem sosial di mana perhubungan ahli-ahlinya adalah berbentuk ikatan kekeluargaan dan juga personal  (Stewart,1981)
 Ciri-ciri Gemeinscharf
 1.   Mempunyai hubungan rapat dan bersemuka (primary).
2.  Individu dalam kelompok dikumpulkan melalui perkongsian idea yang sama dan ingin mencapai matlamat yang sama seperti ikatan keagamaan
3.  Setiap individu dalam kumpulan akan berkongsi untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang diperlukan termasuklah dalam kegiatan ekonomi.
4. Bentuk masyarakat ini biasanya dirujukkan kepada masyarakat                pra-industri

GESELLSCHARFT

Gesellscharft juga dikenali sebagai a society of contract  di mana perhubungan di kalangan ahli-ahli dalam masyarakat ditentukan oleh perhubungan yang jelas berasaskan kepada perjanjian  (Horton & Hunt,1984).

Ciri-ciri Gesell Scharf

1.Disebabkan ikatan dalam masyarakat berasaskan kepada perjanjian, tidak mempunyai
   ciri-ciri kemesraan
2.Perhubungan sosial yang dibentuk adalah bersifat khusus dan impersonal di mana interaksi dan tanggingjawab berasaskan kepada syarat-syarat yang terdapat dalsm perjanjian yang dipersetujui
3.Terdapat pembahagian tugas dan peranan khusus yang perlu dipenuhi oleh
  individu bagi mencapai matlamat organisasi
4.Setiap tingkah laku dibentuk mengikut peraturan dan undang-undang yang 
 telah          ditetapkan sebagai satu unit kawalan sosial
5.Bentuk masyarakat ini biasanya dirujukkan kepada masyarakat industri

Perbezaan di antara keduanya ialah berasaskan kepada hubungan sosial
Lazimnya masyarakat yang berbentuk gemeinscharft akan berubah ke bentuk gesellscharft apabila berlakunya proses perindustrian di kawasan tersebut sehingga membentuk masyarakat yang bersifat lebih komplek
Nilai ( values) merupakan idea-idea yang abstrak yang dikongsi bersama berkenaan dalam perkara-perkara penting yang dipegang oleh masyarakat
Contohnya warna hijau dijadikan lambang untuk agama Islam sementara warna merah pula sangat dipentingkan oleh kaum cina bagi melambangkan kekayaan dan kegembiraan. Nilai disini juga boleh berasaskan kepada kepercayaan dan agama yang mereka anuti
Norma merujuk kepada peraturan-peraturan sosial yang mempengaruhi corak tingkahlaku masyarakat seharian. Norma ini menentukan perlakuan boleh atau tidak boleh dilakukan dalam interaksi sosial mereka.
Setiap masyarakat mempunyai cara untuk menggalakkan dan memaksa   anggota-anggotanya bertingkahlaku menurut apa yang mereka lihat sebagai tingkahlaku yang sesuai dan mengenakan isbat (sanction) terhadap tingkahlaku yang tidak wajar dilakukan.Norma ini diklasifikasikan kepada dua berdasarkan kepada kepentingan reletifnya kepada masyarakat yang dikenali sebagai mores dan folkways.
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment